Assalamualaikum semua.
Disini hakak nak kongsi sikit pasal halatuju selepas spm. Adik-adik mesti keliru sama ada nak pilih untuk sambung belajar dalam bidang apa dan di mana. Kan? Hakak ni takde la pandai sangat tapi sekadar ingin bekongsi pendapat.
Ok first, nak pilih upu kos apa.? Macam ni adik-adik sebelum pilih kos yang adik inginkan terlebih dahulu kamu kena tahu syarat-syarat kelayakan setiap kos tersebut. Setiap kos dan university biasanya mempunyai syarat kelayakan yang berbeza-beza. Oleh itu, adik-adik kena buat research dulu sebelum isi borang upu sebab ini melibatkan masa depan.
Korang kena pastikan yang korang melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum memilih sesuatu kos tersebut kerana ini akan berkemungkinan besar membuatkan adik-adik tidak mendapat tempat di universiti. Ok untuk yang ni adik boleh la berkunjung di mana-mana program yang diadakan seperti "jom masuk U" di sini adik boleh dapatkan maklumat tentang universiti yang adik inginkan.
Yang saya nak tekankan disini adik-adik haruslah melepasi syarat kelayakan untuk memilih mana-mana kos. Contohnya kos tersebut mahukan A untuk subjek mathematics tapi adik-adik dapat B. Saya sarankam supaya adik-adik memilih kos lain yang sesuai dengan result masing-masing.
Apa-apa pun merujuk counselor masing-masing adalah yang terbaik. Minta nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman. Jangan main ikut kepala sendiri je. Main isi je borang. Last-last tak dapat "u". Siapa juga yang rugi. Ok itu sahaja bebelan dari akak. Bukan apa, sebab ramai orang yang dapat result bagus dan layak tapi tak dapat panggilan ke university. Kenapa? Ini kerana kesalahan yang dibuat semasa pengisian borang upu.
Harap adik-adik dapat buat pilihan yang terbaik. Akak doakan semua berjaya! Wallahualam itu saja dari akak. Harap bermanfaat.